<body></noscript><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:5"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a42e1b2b' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:5&amp;n=a42e1b2b' border='0' alt=''></a></noscript> <br><script type="text/javascript"><!-- google_ad_client = "pub-2589431880394796"; google_alternate_ad_url = "http://ads.blogdrive.com/static/blank.html"; google_ad_width = 728; google_ad_height = 15; google_ad_format = "728x15_0ads_al"; google_ad_channel ="6215721543"; google_color_border = "FFFFFF"; google_color_bg = "FFFFFF"; google_color_link = "000000"; google_color_url = "000000"; google_color_text = "000000"; //--></script> <script type="text/javascript" src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js"> </script> <noscript><a href="http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e" target="_blank"><img src="http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e" border="0" alt=""></a></noscript></center><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank'><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank'><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='__JavaScript' type='text/__javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' ><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center><center><!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='__JavaScript' type='text/__javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&what=zone:3"); document.write ("&exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' ><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>

|| Radio IKIM ||



Radio Ikim
<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>
(click play)






Friday, June 30, 2006
AkiBaT DeRHakA

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya.Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung
lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi  katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak
buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada
Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali
ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan
menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt!

Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat
hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal
dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan
kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini
rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata
saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin
ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab
salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya
kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal
adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki
dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar  itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit
tu buat berniaga," katanya kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya
mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun
dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.

Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya,
Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup
menanggung azab yang pedih. Berterusanlah = keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya.
Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Ubuhnya
menggeletik dan menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ =
emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya
emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah, al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan
jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan
amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana
tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang
menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh
Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.
Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari
kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan
azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal.

Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih
tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja,
katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok
yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."







Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis
itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.


Posted at 07:15 pm by achikzaki
Make a comment  




Tuesday, April 11, 2006
SaBaR ItU IndaH

Alangkah besar nikmatnya anugerah allah
Memuliakan dirimu dengan kitabnya
Siang dan malam kau bermujahadah
Bersusah payah menghafasnya

Jangan cepat berputus asa
Ia kan berbalas jua
Kerana setiap yang susah ada hikmahnya
Bermujadahlah berdoalah dan bertawakallah

Bukan semua orang mendapat apa yang dicita
Sedangkan Allah punya kuasa mengurniakannya
Bersabarlah dalam bermujahadah
Kerana sabar itu indah


Posted at 09:36 pm by achikzaki
Make a comment  




Sunday, April 02, 2006
Bab miroth


Hak-hak yang berkaitan dengan mayat
1.Menggunakan harta tinggalannya bagi menguruskan si mayat bermula saat  dimandikan sehinggalah ia dikebumikan.
2.Perlu dilangsaikan kesemua hutangnya.
Hak yang tiada kaitan dengan mayat terbahagi kepada 2
1. Pilihan iaitu  wasiat
2. Kemestian iaitu miroth

Melihat kepada skop perbahasan di atas jelaslah kepada kita mengenai
hak-hak yang perlu dilaksanakan kepada si mati.Kesimpulannya hak-hak
yang berkaitan dengan harta yang ditinggalkan oleh si mayat terbahagi
kepada empat perkara dan hak -hak tersebut ada tingakatannya yang perlu dituruti.

1.Pengurusan mayat(bab penyelenggaraan) mendahului pelangsaian hutang
   dan wasiat
2.Langsaikan hutang selepas pengurusan dan sebelum wasiat
3.Selepas disenggarakan dan dilangsaikan hutang , dahulukan wasiat daripada    harta warisan
4.Mengagihkan harta warisan mengikut habuan masing-masing

Hak yang pertama:Menyelenggarakan mayat

Bermula dari memandikan, mengkafankan, memindahkan mayat (sewa kereta mayat, upah gali kubur dll...) kesemuanya ini menggunakan harta si mayat. Apabila si mayat tidak meninggalkan sebarang harta, maka wajib bagi warisnya yang terdekat menggunakan hartanya sendiri untuk menguruskan si mayat.Jikalau tiada ahli waris maka minta bantuan zakat kerajaan seterusnya jikalau tiada, maka jatuh hukum wajib keatas masyarakat setempat untuk membantu.

achikzaki : 1.25 a.m


Posted at 10:56 pm by achikzaki
Make a comment  




Saturday, March 25, 2006
BuAt Mu IbU

# Buatmu Ibu

Lagu : Isman Isam
Lirik : ITO Lara

Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu... Kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya kau melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia
Dan di akhirat sana

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu dengarlah rintih hatiku...Untukmu Ibu


Posted at 08:54 pm by achikzaki
Comment (1)  




Wednesday, March 22, 2006
reNunGI


Posted at 12:29 pm by achikzaki
Make a comment  




Thursday, March 16, 2006
TiP SeBeLum DaN SeLEpaS IMtihAn

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Motivasi dalam diri sendiri 
 10 Tips Meningkatkan Keyakinan Diri

           1. Fikirkan Boleh - Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa
            perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan,
            kenapa anda tidak? Inilah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam
            minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogan kata ini, tiada
            apa yang mustahil dalam hidup anda.

            2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya. Jangan cepat melabelkan
            diri sendiri sebagai seorang yang 'GAGAL'. Kesannya amat buruk
            sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya
            perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti 
            sekarang?

            3. Berdikari - Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua
            manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda
            juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali
            potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa
            bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki
            oleh orang lain.

            4. Berfikir Secara Kreatif. Dengan berkreatif, anda akan melihat
            'cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi 'kegelapan' selama ini.
            Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda
            menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang
            motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.

            5. Bersikap Positif dan Optmitis. Langit tidak akan selamanya
            mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar
            akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa
            dengan rahmat Tuhan. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah
            sehingga berjaya.

            6. Berilah sedikit masa untuk berjaya. Ia seperti anda bercucuk
            tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima tujuh
            tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam
            karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga
            kejayaan.

            7. Rujuk matlamat hidup- Adakah anda di atas landasannya? Jika ya,
            jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas
            landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan
            tingkatkan usaha lagi.

            8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran. Mungkin bukan kerana anda tidak
            boleh berjaya, tetapi ada beberapa 'kelengkapan' yang masih belum
            dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya
            melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem
            pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman.
            Belajarlah daripadanya.

            9. Fahami fitrah alam; Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda
            hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak
            mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan
            wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah
            hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan
            longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda
            kejayaan yang semakin hampir.

            10. Tuhan akan bersama dengan kebenaran. Buatlah sesuatu berasaskan
            kebenaran, pasti Tuhan akan bersama dengan anda. Jika Tuhan Yang
            Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan?

          

 


Posted at 03:04 pm by achikzaki
Comment (1)  




Thursday, March 09, 2006
MuTiaRA KatA

Orang yang tidak bersyukur kepada manusia, tidaklah dia akan besyukur kepada Allah.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak  menemukan jalan keluar.

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Jangan mengajarkan menangis kepada anak yatim.

Para ulama (cendekiawan) adalah amanat Allah terhadap makahluk- makhluk-Nya.

Orang yang membantu Anda dalam kejahatan, berarti menzalimi Anda.

Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.

Pada garis penalti  akan diketahui siapakah pemenang.

Tidak semua kesempatan dapat dimanfaatkan.

Bagi orang yang tidur, malam hari terasa pendek.

Kalau hati riang gembira, mata menangis.

Tidak dapat disebut sedikit (remeh) tiga hal berikut: permusuhan, perasaan rindu dan penyakit.

Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

Kematian lebih ringan daripada yang sesudahnya, tetapi lebih berat daripada yang sebelumnya.

Apabila Anda bercita-cita, perbanyaklah cita-cita itu.

Mayat itu tidak seimbang dengan tangisan-tangisan yang disuarakan. (Artinya: tidak patut ditangisi sedemikian rupa).

Wanita adalah alat perangkap dan anak panah setan.

Janganlah Anda melarang suatu perbuatan, tetapi kemudian Anda melakukannya.

Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepada Anda, maka dia akan membawa berita tentang Anda kepada orang lain.



Posted at 11:02 am by achikzaki
Make a comment  




Wednesday, March 01, 2006
Beberapa Mutiara Kata

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Jikalau kita membincangkan mengenai hukum bagi sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja tanpa ada keuzuran dan sebab-sebab yang lainnya,maka ulamak sepakat mengatakan ianya dijatuhkan hukum bunuh.Dan dia perlu mengulangi  ucapan syahadah kerana dikhuatiri terkeluar daripada agama islam.Kesimpulannya,jagalah solat kalian.ok?



Posted at 09:12 pm by achikzaki
Make a comment  







Aku lebih suka jikalau seorang kawan itu menghargai jasa dan pengorbanan seseorang.Sekalipun jasanya itu sebesar zarah


   





<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

•|~Wal Asr~|•





•|~KeNaNGAn~|•





•|~SaHaBat SeJatI~|•

Sekarang ini kita sedang menyaksikan ledakan teknologi maklumat yang kian berkembang.Sementara itu,disudut yang lain gejala sosial yang kian bercambah meningkatkan lagi kebimbangan kita.tenteramkah hidup di dunia yang kian berpenghujung ini?

[MuJaHiD] [AzMaNSyaH] [ZuLNasRi] [PaleQ] [NuReeMaN]
[RoMiZi] [GunTuR]
[AbU ZaR] [LoBaM] [AmIzA] [AlkHaKimiY ] [AsNiZaM] [BaiT NuJuM] [SaDdiQ] [WaNzU] [CiK^cT][AiDa][SyiELa] [SyaHeE raH] [NaJwA0514][ShuK] [CiLz] [IjaD] [FiZi]





•|~Info Terkini~|•
[BeRiTa HaRiAn] [UtuSaN MeLaYu] [HaRaKaH] [OnLiNeRocK] [BaKanS] [Al-Azhar Damanhur] [DPM Damanhur] [QuRaN NeT] [UkHwaH.CoM] [FrIeNDsTeR] [HaRuNYahYa] [HoTmaiL] [JiWanG] [Al-JaZeeRa] [JaKiOnliNe] [JaLiNaN] [AsAmBoI] [ViRtUaLfRiEnDs] [DailY MalaYsiA] [E-vOiZ AdvAncE] [E-vOiZ LaMa] [TaZkiRaH OnLinE] [HaRiaN MeTrO] [HaDwaN.NeT] [BloGdRivE]




•|~KaMuS IstiLaH~|• [KaMus IslaM] [BurSa SaHaM] [ AsTroNoMi] [BeLajar InGgeris ]



Ukhwah.com :: Top Blog







If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed